Operasi Compass

 Empayar British ItalyOperasi Kompas (juga bahasa Bahasa Itali: Battaglia della Marmarica ) ialah operasi ketenteraan British yang pertama dalam Kempen Gurun Barat (1940–1943) semasa Perang Dunia Kedua . Tentera British, India, Komanwel dan Bersekutu telah menyerang tentera Itali daripada Tentera ke -10 (Marshal Rodolfo Graziani ) di barat Mesir dan Cyrenaica, wilayah timur Libya. Serangan bermula dari Disember 1940 hingga Februari 1941.Pasukan Gurun Barat (Western Desert Force, WDF) dengan kekuatan kira-kira 36,000 tentera telah mara dari Mersa Matruh di Mesir dalam serbuan lima hari terhadap kedudukan pasukan Tentera ke-10 Itali yang mempunyai kira-kira 150,000 askar yang berjaga dalam pos berkubu sekitar Sidi Barrani di Mesir dan di Cyrenaica. WDF dengan pantas mengalahkan Itali di kubu mereka dan di Sidi Barrani, kemudian mengeksploitasi kejayaan itu lalu memaksa seluruh Tentera ke-10 keluar dari Mesir dan menawan pelabuhan di sepanjang pantai Libya. Tentera ke-10 telah berpecah ketika ia berundur ke arah Tripolitania dan dikalahkan dalam Pertempuran Beda Fomm, saki-bakinya pula dikejar sehingga ke El Agheila di Teluk Sirte .British menawan 138,000 askar Itali dan Libya, ratusan kereta kebal, dan lebih 1000 laras senjata dan sebilangan besar pesawat. Pihak WDF pula kehilangan seramai 1,900 askar yang terbunuh dan cedera, kira-kira 10 perauts daripada infantri. WDF tidak dapat meneruskan perjalanan melampaui El Agheila, kerana kenderaan yang usang disebabkan pada Mac 1941 unit terbaik ditumpukan untuk kegunaan Operasi Kilauan dalam Pertempuran Greece . Pasukan bantuan Itali pula telah dikejarkan ke Libya untuk mempertahankan Tripoli, dibantu oleh Deutsches Afrikakorps dan Luftwaffe .

Operasi Compass

Tarikh 9 Disember 1940 – 9 Februari 1941
TarikhLokasiKeputusanPerubahanwilayah
Tarikh9 Disember 1940 – 9 Februari 1941
Lokasi
KeputusanKemenangan British
Perubahan
wilayah
Penawanan semula Mesir Barat dan pendudukan di Cyrenaica
Lokasi
Perubahanwilayah Penawanan semula Mesir Barat dan pendudukan di Cyrenaica
Keputusan Kemenangan British